fbpx

Lelaki ditahan lempar bom petrol ke rumah bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditangkap polis di rumahnya kerana dipercayai melempar bom petrol ke rumah bekas kekasihnya di Indonesia. - Okenews

JAKARTA – Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki melemparkan bom petrol ke rumah bekas teman wanitanya gara-gara sakit hati selepas mangsa menamatkan hubungan cinta mereka.

Portal berita Okenews hari ini melaporkan suspek yang cuma dikenali sebagai RS berumur 35 tahun merupakan penduduk di Kabupaten Bengkalis di Riau, Indonesia. Mangsa pula bernama Dina Ayu Winarni, 28.

“Kami menahan suspek di kawasan Duri, Kabupaten Bengkalis,” kata Ketua Polis Bahagian Rumbai Pesisir di Pekanbaru, Komisioner Maitertika.

Serangan itu berlaku pada 12 Disember lalu, kira-kira pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan) di rumah mangsa di Jalan Limbungan, Rumbai Pesisir, bandar Pekanbaru.

Menurut laporan, suspek mengajak seorang rakan lelaki, ARS berumur 33 tahun ke Pekanbaru dan menceritakan bahawa dia berasa sakit hati selepas hubungan cintanya diputuskan sebelah pihak oleh mangsa.

Selepas mendengar cerita RS, ARS mahu membantunya. Mereka berdua menaiki motosikal ke rumah mangsa.

Sebaik tiba, kedua-dua lelaki itu melemparkan bom petrol ke tingkat dua kediaman tersebut sebelum melarikan diri. Bilik tidur mangsa terletak di tingkat sama.

Serangan itu menyebabkan berlaku letupan dan kebakaran. Bagaimanapun, mangsa sempat menyelamatkan diri.

Polis menerima laporan berhubung serangan bom petrol itu dan memburu suspek.

“Kami menahan dua individu di kawasan Mandau, Bengkalis. Suspek kecewa kerana hubungan cinta diputuskan dan dia berniat mahu membunuh mangsa dengan membakar rumahnya,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI