fbpx

Kang Min-hyuk belajar bahasa Inggeris demi Alvn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN Alvn dan Kang Ming-hyuk dicemburui ramai.

KUALA LUMPUR – Sering berkongsi gambar bersama anggota kumpulan CN Blue iaitu Kang Min-hyuk, penyanyi Alvn menyifatkan selebriti K-pop itu sangat mesra ketika menghabiskan masa bersama di Korea Selatan pada bulan lalu.

Alvn atau lebih dikenali sebagai Alvin Chong, 33, berkata, perkenalan mereka bermula ketika menghadiri acara fesyen terkemuka di Itali dan semakin akrab apabila bertemu di Indonesia.

“Saya kenal Min-hyuk ketika Fashion Week di Milan tetapi kami tidak berborak sangat dan saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.

“Kali kedua berjumpa di Jakarta, saya ada maklumkan akan pergi ke Korea Selatan dan dia mencadangkan kami bertemu sekiranya ada masa terluang.

“Apabila saya ke sana bulan lalu, dia ambil saya dengan keretanya dan bawake restoran Jepun kegemarannya serta kafe rakan baiknya yang menjual pencuci mulut. Dia sangat mesra,” ujar Alvn kepada Kosmo! Online ketika pembukaan cawangan baharu Illy Caffe di Hartamas Shopping Centre, baru-baru ini.

Dalam masa sama, pelakon Takdir Yang Tertulis itu memaklumkan Min-hyuk menghadiri kelas bahasa Inggeris agar memudahkan mereka berkomunikasi.

“Kami selesa bersembang kerana selepas balik dari Indonesia, dia mula menghadiri kelas bahasa Inggeris,” ujarnya lagi.

Tambah Alvn lagi, dia sempat bertukar pandangan dengan pemain dram kumpulan K-pop terkenal itu mengenai lagu terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

“Saya ada tanya tentang peluang berkolaborasi dengan CN Blue tetapi mereka belum ada perancangan lagi.

“Namun, saya dan Min-hyuk ada bertukar lagu kami yang belum diterbitkan untuk mendapatkan pandangan masing-masing.

“Genre muzik kami pula jauh berbeza. Lagu-lagu yang bakal saya lancarkan kelak jenis mudah didengar ketika memandu,” jelasnya.

Sebelum ini, Alvn dilihat menghabiskan masa dengan Min-hyuk di Seoul sehingga ramai peminat mencemburui keakraban persahabatan mereka.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI