fbpx

Remaja ditahan miliki heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin di Bukit Malut, Langkawi semalam.

LANGKAWI – Dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 14 tahun ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin di kawasan Bukit Malut di sini semalam.

Kedua-dua suspek ditahan dalam dua tangkapan berasingan dalam Ops Tapis mulai pukul 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, tangkapan pertama melibatkan suspek berusia 20 tahun yang memegang kotak plastik kecil dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan mendapati kotak tersebut mengandungi sembilan tiub straw berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dengan berat kira-kira 4.75 gram (g),” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, suspek kedua iaitu remaja berusia 14 tahun ditahan pada pukul 6 petang hari yang sama.

“Semasa ditahan, suspek memegang satu peket plastik lutsinar dan pemeriksaan lanjut mendapati ada sembilan tiub straw mengandungi dadah disyaki heroin seberat kira-kira 1.9 g,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI