PETALING JAYA – Pelakon Nazim Othman meminta khalayak berhenti bertanyakan bila dia akan menamatkan zaman duda.
Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 36, meluahkan perkara berkenaan menerusi satu kiriman dalam InstaStorynya beberapa jam lalu.
Katanya, dia kini menumpukan terhadap diri sendiri kerana menyifatkan tindakan tersebut sebagai komitmen sepanjang hidupnya.
“Sayang diri sendiri adalah menjadi keutamaan. Jika kita disayangi orang lain, itu adalah bonus.
“Tetapi kuasa mencintai diri sendiri tidak ternilai,” tulisnya.
Sebelum ini, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu pernah menyuarakan kesediaannya untuk kembali bergelar suami selepas lebih dua tahun bergelar duda.
Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016 namun bercerai pada 2 Mei 2018. – K! ONLINE