fbpx

EPL: Ten Hag buat tiga permintaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG dilapor bakal ditawarkan kontrak lanjutan sehingga 2027 selepas sah kekal mengemudi pasukan itu musim depan. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag dilapor membuat tiga permintaan sebelum bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu bersama pasukan itu selepas rundingannya bersama kelab tersebut bermula.

Rundingan mengenai kontrak baharu bakal bermula selepas pihak pengurusan United membuat keputusan mengekalkan Ten Hag sebagai pengendali pasukan itu ketika kontraknya bakal berakhir Jun 2025.

Berdasarkan laporan, Ten Hag bakal membuat tiga permintaan sebelum bersetuju menandatangani kontrak baharu yang bakal ditawarkan sekali gus menyaksikannya kekal di Old Trafford sehingga 2027.

Pengurus berusia 58 tahun itu mengenakan syarat pertama menolak kepulangan Jadon Sancho ke skuad United kecuali pemain tersebut membuat permohonan maaf.

Pemain tersebut mencetuskan konflik dengan Ten Hag apabila menuduh pengurus tersebut menipu menyaksikan dia tersisih daripada skuad utama dan dipinjamkan ke Borussia Dortmund menyebabkan Sancho berada dalam senarai pemain untuk dijual musim panas ini.

Selain itu, Ten Hag juga meminta tugas pengarah teknikal, Jason Wilcox dihadkan dan tidak terlalu mencampuri urusan mengenai strategi dan gaya permainan pasukan itu.

Dalam pada itu, Ten Hag juga menggesa pihak pengurusan pasukan membuat tawaran kontrak baharu buat salah seorang pembantunya, Benny McCarthy selepas beliau sah kekal dengan jawatannya di Old Trafford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI