Tindakan berani kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel pada Isnin lalu mengundang pelbagai reaksi daripada seluruh lapisan masyarakat. Ada yang positif dan tidak kurang juga yang melahirkan kebimbangan berhubung kenaikan harga barang di pasaran. Secara realitinya, langkah itu dikatakan mampu menyelamatkan sebanyak RM4 bilion wang negara yang sudah tentu boleh digunakan untuk tujuan pembangunan lain seperti pembinaan sekolah, hospital atau jalan yang lebih baik demi kemudahan rakyat. Walaupun harga diesel di pasaran kini diapungkan mengikut harga semasa bahan api itu selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya