fbpx

Penganggur ditahan kes culik wanita Thailand dituduh edar heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Asraf (dua dari kiri) dituduh mengedar heroin di Mahkamah Majistret Kangar, Perlis hari ini.

KANGAR – Seorang penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dituduh mengedar dadah jenis heroin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Muhamad Asraf Arif, 40, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Majistret, Ana Rozana Mohd. Nor.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengedar heroin seberat 37.05 gram di hadapan bilik bernombor 57 di sebuah rumah tumpangan di Jalan Jejawi, Sena di Arau dekat sini kira-kira pukul 10.30 malam, 8 Jun lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Ab. Rashid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen di sini, Muhamad Asraf dituduh memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 37.03 gram pada tarikh, masa dan lokasi sama. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI