fbpx

Sunway Property perkenal perkhidmatan Handyman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan Handyman tersedia buat 3,093 unit kediaman Sunway Property di Lembah Klang bermula hari ini.

PETALING JAYA – Sunway Property memperkenalkan perkhidmatan Handyman yang tersedia untuk tempahan bermula hari ini, bersempena dengan ulang tahun kedua pelancaran inisiatif selepas jualan komunitinya, Sunway Property+.

Sunway Property+ ialah program gaya hidup selepas jualan komprehensif untuk pembeli rumah, pembeli rumah sub-jualan dan penyewa. Ia terdiri daripada tiga tonggak utama iaitu Care+, Rent+ dan Reward+.

Care+ menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan rumah yang berkualiti, Rent+ menawarkan kredit sewa yang boleh dipindahkan kepada pembelian hartanah, manakala Reward+ memberikan keistimewaan dan faedah eksklusif kepada komunitinya termasuk diskaun istimewa dan acara eksklusif.

Handyman, di bawah tonggak Care+ menawarkan pelbagai penyelesaian penyelenggaraan dan bantuan dalam tugasan di sekeliling rumah termasuk servis penghawa dingin, bantuan menanggalkan dan menggantung langsir, memasang perabot yang dibeli dalam talian, mengganti mentol lampu, perkhidmatan elektrik dan paip, membaiki dinding, mengecat, perkhidmatan tukang kunci serta banyak lagi.

Buat permulaan, ia akan memanfaatkan 3,093 unit kediaman Sunway Property di Lembah Klang, sebelum diperluaskan ke kawasan lain.

Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Sunway Property, Gerard Yuen berkata pihaknya telah menawarkan perkhidmatan pembersihan Sunway Property+ Care+ bermula Jun 2022 kepada semua 2,199 unit kediaman di pembangunan utama Sunway South Quay di Bandar Sunway, sebelum ia diperluaskan kepada 4,956 unit kediaman yang dibangunkan oleh Sunway Property.

“Ini telah diterima baik oleh komuniti kami.

“Pengenalan perkhidmatan Care+ Handyman memperluaskan lagi tawaran gaya hidup Care+ untuk mereka yang tinggal dalam pembangunan Sunway, sejajar dengan komitmen ‘With You For Generations’,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI