fbpx

Seawal 7 pagi, warga emas gigih niaga bantal kekabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
tangkap layar kegigihan pasangan warga emas mencari rezeki dengan menjual bantal kekabu menggunakan kereta

PETALING JAYA – Kegigihan sepasang warga emas menjual bantal kekabu menggunakan kereta di sekitar Seri Kembangan meraih perhatian orang ramai.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @reezmell, menunjukkan lelaki berkenaan yang menggunakan tongkat untuk berjalan meletakkan hasil jualannya di atas kereta.

Menurut pemilik akaun tersebut, pasangan itu berniaga seawal pukul 7 pagi dan ada kalanya bantal yang dijualnya tidak laku.

Dalam pada itu, pemilik video membantu pasangan berkenaan dengan cara membeli beberapa buah bantal serta mempromosikan di ruangan kapsyen.

Meninjau dari ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat pasangan itu masih gigih berniaga pada awal pagi malah ada yang mahu memborong bantal yang dijual mereka.

”Tak ada sapa yang boleh jadi ‘personal shopper’ untuk bantal tu? Saya nak beli,” komen @nshnsyaah.

”Insya-Allah, hujung minggu ni saya datang singgah beli. Kebetulan bilik anak bujang pun bantal dah lusuh. Jum kita sama-sama bantu pakcik ini,” komen @Dayah_Jamil.

Walau bagaimanapun, ada yang teruja dan masih percaya masih terdapat ada orang yang menjual bantal kekabu pada zaman sekarang.

“Susah nak dapat bantal kekabu sekarang. Bantal kekabu la. sedap untuk tidur. Tak sakit kepala,” komen @aishahzhafra.

“Bantal kekabu memang sedap tidur, tapi sekarang susah nak cari,” komen @j.lynn.aa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI