fbpx

Pemandu lori bunuh isteri berdepan hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suria ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang pemandu lori berdepan hukuman gantung selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh isterinya sendiri, minggu lalu.

Tertuduh, S. Suria Raj, 31, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang mempunyai tatu di lengan kirinya kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Suria didakwa membunuh isterinya, A. Kirshashini, 28, di dalam bilik tidur rumahnya di Pangsapuri Palma, Bandar Botanik di sini antara 6.30 hingga 7 pagi pada 7 Jun lalu dan dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Jannah Aimi memohon tarikh sebutan bagi penyediaan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat serta tiada jaminan ditawarkan.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 3 September depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI