fbpx

Adik Zayn Rayyan di hospital, bawah jagaan JKM Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adik kepada Zayn Rayyan kini berada di bawah jagaan pihak JKM Selangor.

PETALING JAYA – Adik kepada Zayn Rayyan Abdul Matin kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, kanak-kanak itu dibawa ke sebuah hospital terlebih dahulu bagi menjalani pemeriksaan lanjut, kira-kira pukul 7.40 malam, semalam.

Jelas beliau, ia dilakukan dengan pengetahuan kedua-dua ibu dan bapanya yang turut berada di rumah keluarga mereka di Puncak Bestari, ketika itu.

“Kanak-kanak itu dibawa ke hospital bagi tujuan pemeriksaan perubatan.

“Kita ambil kanak-kanak itu dengan kehadiran dan pemakluman kepada ibu bapanya,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo!.

Ditanya tentang tindakan selepas ini, Azmir memaklumkan bahawa ia bergantung kepada keputusan pemeriksaan perubatan kelak.

“Keputusan perubatan masih belum diperoleh, dah dapat nanti kami akan maklumkan.

“Sama ada dipulangkan kepada keluarga atau bagaimana selepas itu, bergantung kepada keputusan tersebut. Jadi, kami tak boleh ulas lanjut buat masa ini,” tambahnya.

Terdahulu, ibu dan bapa kepada kanak-kanak autistik itu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan, tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu dibebaskan dengan jaminan RM10,000 seorang, selain beberapa syarat tambahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI