WASHINGTON – Rakaman kamera badan seorang anggota polis menunjukkan seekor aligator sepanjang 4.26 meter mempunyai mayat seorang ibu berusia 41 tahun berada di dalam perutnya, lapor portal berita MailOnline semalam.
Terdahulu, reptilia itu membaham seorang wanita, Sabrina Peckham dengan menyeret mangsa ke dalam sebuah terusan di Clearwater, negeri Florida.
Sabrina tinggal di dalam sebuah khemah berhampiran habitat aligator tersebut.
Rakaman video oleh Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida menunjukkan aligator gergasi itu dikelilingi oleh sebilangan anggota polis selepas ia ditembak mati.
Perut aligator itu ‘kembung’ kerana mayat mangsa berada di dalamnya.
Polis turut menyiarkan rakaman video menunjukkan detik reptilia itu ditembak.
“Lihat haiwan itu!,” jerit seorang individu sebelum anggota polis dan renjer melepaskan berdas-das tembakan. – AGENSI