fbpx

Pejabat KWSP Johor Bahru dibuka semula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pejabat KWSP Johor Bahru yang ditutup sejak 6 Disember lalu akan dibuka semula esok.

JOHOR BAHRU – Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor Bahru di sini yang ditutup sementara sejak 6 Disember lalu akan dibuka dan beroperasi semula bermula esok.

KWSP dalam satu kenyataan memberitahu, pembukaan semula pejabat itu melibatkan kesemua operasi dan perkhidmatan yang disediakan pihaknya.

Berdasarkan notis berkenaan, waktu operasi pejabat tersebut adalah bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Sebelum ini, pejabat KWSP terbabit ditutup sementara ekoran terdapat seorang kakitangan agensi itu yang didapati positif Covid-19.

Pihaknya dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan premis itu dibuat berikutan arahan Kementerian Kesihatan.

Difahamkan tujuannya adalah bagi pelaksanaan kerja disinfeksi dan sanitasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Turut tular sebuah rakaman video menunjukkan seorang pegawai dipercayai pengawal keselamatan membuat pengumuman menggunakan pembesar suara di hadapan pintu masuk KWSP Johor Bahru.

“Terdapat anggota (kakitangan) KWSP positif Covid-19, anda tidak digalakkan berurusan di KWSP Johor Bahru,” katanya dalam rakaman video berkenaan.

Tambah kenyataan itu, orang ramai disarankan untuk membuat Janji Temu di www.kwsp.gov.my/ms.janjitemu sebelum hadir untuk berurusan di kaunter.

Pengunjung juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP ditetapkan dalam norma baharu sebagai langkah pencegahan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI