fbpx

FAM mahu Faisal Halim jaga kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Faisal semasa sidang akhbar di Shah Alam hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap bintang skuad Harimau Malaya, Faisal Halim sentiasa menjaga kesihatannya selepas tampil buat kali pertama di khalayak umum di Pusat Latihan FAS, Shah Alam petang tadi.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pemain berusia 26 tahun itu telah menunjukkan perkembangan yang baik dan harap dapat kembali mewarnai arena bola sepak tempatan.

“Faisal menunjukkan perkembangan yang baik dan kami berharap beliau akan bertambah sihat dari semasa ke semasa.

“Kita harap Faisal dapat memastikan tahap kesihatannya dan kita sentiasa berharap beliau dapat berada kembaii dalam arena bola sepak negara.

“Mungkin juga dapat kembali mewakili skuad negara pada masa akan datang,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Exco FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Sebagai rekod, kehidupan Faisal seperti berubah 180 darjah apabila menjadi mangsa simbahan asid daripada individu tidak dikenali pada 5 Mei lepas.

Pemain kelahiran Mengkuang Titi itu pada awalnya dilihat agak kritikal selepas disahkan melecur tahap empat tetapi semakin stabil selepas menjalani empat pembedahan.

Selepas dibenarkan ‘discaj’ daripada hospital swasta pada 25 Mei lepas, Faisal mengambil keputusan untuk membuat kemunculan umum buat kali pertama hari ini bagi berkongsi perkembangan karier dan tahap kesihatannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI