fbpx

Penyerang ‘mentah’ sasaran Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DURAN dikatakan sudah mencapai persetujuan untuk menyertai Chelsea dengan harga bernilai £42 juta (RM252.76 juta). - AFP

LONDON – Chelsea dikhabarkan telah mencapai persetujuan mengenai yuran perpindahan untuk menandatangani penyerang baharu selepas usaha mendapatkan Benjamin Sesko dari RB Leipzig gagal dan minat terhadap bintang Napoli, Victor Osimhen semakin pudar.

Menurut laporan terkini, Chelsea kini mengalihkan perhatian mereka kepada penyerang muda Aston Villa, Jhon Duran dan dilaporkan perjanjian telah dipersetujui dengan yuran yang hampir mencecah £42 juta (RM252.76 juta).

Duran yang menyertai Villa daripada Chicago Fire pada Januari tahun lalu, hanya memulakan tiga perlawanan dan jelas kehadirannya tidak begitu disukai oleh pengurus kelab itu, Unai Emery.

Penyerang muda berusia 20 tahun itu tetap diturunkan beraksi dalam 37 penampilan dari bangku simpanan selain turut berjaya mencetak lima gol buat Villa dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Namun, Chelsea dilihat berani mempertaruhkan sejumlah besar wang buat pemain yang belum terbukti prestasinya dan sememangnya mengejutkan ramai pihak, namun ada juga berpendapat Duran hanya menunggu masa untuk ‘meletup’.

Kesudian membayar £42 juta (RM252.76 juta) untuk seorang pemain ‘mentah’ memperlihatkan kesungguhan Chelsea dalam mencari bintang muda yang mampu memberikan impak besar di Stamford Bridge.

Tidak dinafikan Duran mempunyai bakat besar dan boleh menjadi penyerang yang sangat baik pada masa depan, tetapi buat masa ini prestasi dipamerkannya akan menentukan sama ada keputusan Chelsea adalah bijak atau sebaliknya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI