PETALING JAYA – “Pada 5 Jun lalu, Zaim dan Isma (ibu bapa Zayn Rayyan) sambut ‘anniversary’ dalam lokap”.
Demikian kata peguam Fahmi Abd Moin kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf serta keluarga dikhabarkan akan meraikan semula momen indah itu setelah semua keributan selesai.
“Zaim dan Isma sambut ‘anniversary’ dalam lokap. Menyedihkan. Sehari sebelum atau sehari selepas itu tarikh ‘anniversary’ datuk nenek pula,” katanya.
Pagi tadi Kosmo! melaporkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu pada Disember tahun lalu.
Tertuduh, Zaim dan Ismanira bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh. – KOSMO! ONLINE