fbpx

[VIDEO] Kaki menggigil, tetapi perlu tumpu pemulihan – Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal pada sidang akhbar khas, hari ini.

PETALING JAYA – Bintang Selangor FC, Faisal Halim memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi melampau berkenaan serangan asid yang berlaku terhadapnya pada 5 Mei lepas.

Menurut Faisal, beliau juga meminta kerjasama semua pihak agar memberi ruang dan privasi kepada dirinya dan keluarga supaya dapat menjalankan proses pemulihan dengan aman.

“Sudah tentulah, saya amat rindukan bola sepak. Bukan mudah saya terlantar di rumah dan menonton pasukan Selangor FC dan pasukan kebangsaan di kaca television.

“Kaki menggigil (untuk kembali bermain), tetapi saya perlu teruskan pemulihan sebelum kembali turun ke padang.

“Sudah lama saya tidak bermain, sudah pasti ada banyak benda perlu dilakukan seperti menguatkan otot-otot sebelum kebali ke padang,” ulasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas bersama Faisal bagi memaklumkan perkembangan terkini mengenai tahap kesihatannya selepas pembedahan kali ke-4.

Untuk rekod, Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lepas sehingga disahkan melecur tahap empat.

Kecederaan pemain yang mesra dengan gelaran Mickey itu pada awalnya agak kritikal tetapi kian stabil selepas melakukan empat pembedahan susulan di hospital swasta di Shah Alam.

Namun, proses pemulihan Faisal berjalan lebih cepat daripada jangkaan dan dibenarkan keluar dari hospital pada 25 Mei.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI