fbpx

Asia Mobiliti: SPRM siasat prosedur pemberian kontrak – Azam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam ketika ditemui pada pelancaran buku ‘The Sin Of Coruption A Religious Perspective’ di sini hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti dari segi prosedur berhubung pemberian kontrak oleh kerajaan negeri Selangor kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) yang berkait dengan seorang menteri.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini pihaknya juga melihat pemberian kontrak berkenaan tiada kaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Seperti mana saya nyatakan sebelum ini setakat ini tidak nampak ada kaitan di antara menteri berkenaan dengan pemberian kontrak,” katanya kepada pemberita selepas ditemui pada pelancaran buku ‘The Sin Of Coruption A Religious Perspective’ di sini hari ini.

Tedahulu media melaporkan, Exco Selangor, Ng Sze Han menyatakan Asia Mobiliti adalah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk projek perintis Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di Selangor.

Kedua-dua syarikat itu juga sudah mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi melaksanakan perkhidmatan itu tetapi isu timbul apabila Ketua Pegawai Eksekutif Asia Mobility ialah suami Hannah Yeoh, Ramachandran Muniandy.

Bagaimanapun, SPRM menjelaskan tidak mengesan sebarang percanggahan kepentingan dalam pemberian kontrak DRT oleh kerajaan Selangor kepada syarikat milik bersama suami Hannah itu kerana kerajaan Selangor tidak ada kena mengena dengan KBS.

Azam dilapor berkata, berdasarkan pemerhatiannya dalam pemberitaan di media, projek berkenaan diberikan oleh entiti lain yang tidak kena mengena dengan Hannah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI