fbpx

Jemaah haji boleh naik teksi terbang ke Mekah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teksi udara pertama dunia yang disediakan untuk membantu jemaah yang menunaikan haji pada musim ini. - SPA

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi melancarkan perkhidmatan teksi terbang tanpa pemandu sebagai kemudahan baharu kepada jemaah pada musim haji kali ini, lapor agensi berita Saudi Press semalam. 

“Ia merupakan teksi udara pertama di dunia yang dilesenkan oleh pihak berkuasa penerbangan awam,” kata Menteri Pengangkutan dan Khidmat Logistik, Saleh Al-Jasser.

Beliau berkata, perkhidmatan itu disediakan untuk membawa jemaah haji ke kota suci  Mekah selain memudahkan pemindahan kecemasan, mengangkut peralatan perubatan dan barangan lain. 

Pelancaran tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kementerian berkenaan untuk membina model pengangkutan tercanggih dan mesra alam menggunakan teknologi kepintaran buatan (AI). 

Perkhidmatan teksi  udara  juga bertujuan membantu jemaah mengurangkan masa perjalanan di kawasan sesak terutama ketika berlaku kecemasan. 

“Hari ini (semalam) menandakan pengaktifan salah satu inisiatif terpenting dalam pelan hala tuju untuk membolehkan mobiliti udara termaju,” kata Presiden Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi, Abdulaziz Al-Duailej. 

Menurutnya, kemudahan itu juga dapat membantu tugas pengawasan dan pemeriksaan.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI