fbpx

Polis siasat ugutan bunuh LTTE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menerima Sijil Penghargaan Pembancian E-Census daripada Pengarah Perangkaan Negeri Johor, Wan Mohd. Shahrulnizam Wan Mohd. Najuri sempena Majlis Penyampaian Sijil Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (E-Census) di IPK Johor Bahru di sini hari ini. -Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor akan bekerjasama dengan polis Selangor untuk menjalankan siasatan berhubung ugutan diterima Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay oleh kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ayob Khan berkata, ugutan itu diterima pihaknya melalui panggilan telefon yang dibuat seorang individu tidak dikenali kepada seorang pegawainya, dua minggu lalu.

Jelasnya, individu dipercayai warga tempatan itu memberitahu ada tiga ahli LTTE dari Selangor akan ke Johor untuk membunuh beliau.

“Ugutan pada saya bukan benda baharu dan saya tidak ambil ringan ugutan seperti ini, sama ada secara peribadi atau terhadap pegawai dan anggota.

“Kita akan jalankan siasatan terperinci untuk mengenalpasti suspek terlibat dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sijil Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Kelmarin, Ayob Khan mendedahkan dirinya menerima ugutan bunuh oleh kumpulan berkenaan dalam satu program yang dianjurkan sebuah agensi media tempatan.

Tambah beliau, pihaknya sendiri tidak pasti mengapa ugutan terhadapnya itu dibuat sedangkan beliau sudah tidak menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman.

“Saya sendiri tidak pasti sebab apa ugutan itu dibuat kerana saya sudah tinggalkan Bukit Aman sejak Februari lalu, jadi saya tidak tahu kenapa isu ini timbul kembali.

“Sehubungan itu kita akan bekerjasama dengan polis Selangor untuk menyiasat berhubung perkara ini,” tambahnya sambil memberitahu tangkapan akan dibuat sekiranya suspek dikenalpasti.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI