fbpx

Kapal kargo Tutor terkena bedilan misil 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan kapal dagang Tutor. – AGENSI 

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu – Pemberontak Houthi kelmarin mengaku menyerang sebuah kapal dagang di Laut Merah sebagai sebahagian daripada kempen solidariti bersama rakyat Palestin.

Militia Houthi melancarkan beratus-ratus serangan dron dan peluru berpandu di laluan perkapalan Laut Merah dan Teluk Aden sejak November tahun lalu.

Dalam satu kenyataan kelmarin, pemberontak Houthi berkata, mereka melancarkan operasi ketenteraan menyasarkan kapal dagang Tutor di Laut Merah dengan menggunakan beberapa buah dron dan misil balistik.

Kapal itu dibedil sekitar 126 kilometer ke barat daya bandar pelabuhan Hodeida, kata firma keselamatan maritim, Ambrey awal semalam.

“‘Pesawat kecil’ (dron atau misil) mengenai buritan sebuah kapal, 126 kilometer ke barat daya Hodeida,” kata Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Britain.

Menurutnya, kapal itu dimasuki air dan dibedil kali kedua menggunakan projektil dari udara.

Markas Pusat Perintah Amerika Syarikat (CENTCOM) kemudian menyatakan, Tutor telah dibedil oleh senjata puak Houthi yang menyebabkan banyak air masuk, manakala bilik enjinnya rosak.

CENTCOM bersama tentera Britain melancarkan serangan berterusan ke atas kawasan dikuasai pemberontak Houthi di Yemen sebagai membalas serangan di Laut Merah. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI