fbpx

Kolej UNITI Port Dickson jalin kerjasama dua universiti terkemuka Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah (kanan) menyerahkan dokumen persetujuan persefahaman kepada Doddy pada majlis di Pontianak semalam.

PETALING JAYA – Kolej UNITI Port Dickson bakal menjalinkan kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan dan pelaksanaan program kursus jangka pendek serta latihan industri bersama dua universiti terkemuka di wilayah Kalimantan Barat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI ort Dickson, Amir Hamzah Md. Isa berkata, kerjasama strategik tersebut melibatkan universiti awam tertua di Kalimantan Barat iaitu Universitas Tanjungpura dan Universitas Muhammadiyah Pontianak,
merupakan satu daripada 178 institusi pendidikan tinggi (IPT) Muhammadiyah
di seluruh Indonesia.

Menurutnya, kerjasama tersebut turut memberi peluang kepada Kolej UNITI Port Dickson melaksanakan program perkongsian kepakaran melibatkan tenaga pengajar serta pertukaran pelajar dalam bidang berkaitan bersama kedua-dua universiti berkenaan.

“Kolej UNITI Port Dickson merupakan IPT pertama di Malaysia menawarkan program pengajian halal secara formal, Diploma Pengurusan Industri Halal iaitu pada 2013 akan berkongsi pengalaman seterusnya membantu kedua-dua universiti itu melahirkan lebih ramai sumber manusia bagi memenuhi keperluan industri halal tempatan.

“Selain itu, kerjasama ini turut melibatkan program mobiliti, pertukaran pelajar antara institusi dan kerjasama dalam proses pengambilan pelajar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau hadir pada majlis penyerahan dokumen persetujuan
persefahaman yang dianjurkan oleh Education Malaysia Global Services (EMGS) di Pontianak, Indonesia semalam.

Pada majlis itu, Amir Hamzah mewakili Kolej UNITI Port Dickson dan Universitas
Muhammadiyah Pontianak diwakili Rektor, Dr. Doddy Irawan, manakala dokumen Universitas Tanjungpura ditandatangani oleh Timbalan Rektor, Perancangan dan Kerjasama, Dr. Ir. R.M. Rustamaji.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, sejak 2022 lalu Kolej UNITI Port Dickson telah menjalinkan kerjasama dengan Institut Pertanian Bogor (IPB) University di Bogor, Jawa Barat dan hubungan strategik bersama universiti antara yang terbaik di Indonesia itu telah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya dalam bidang berkaitan halal.

“Pemilihan Kolej UNITI Port Dickson merupakan Penyedia Latihan Halal yang mendapat perakuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sebagai rakan strategik IPB University dua tahun lalu dan dua universiti terkemuka di Pontianak merupakan satu pengiktirafan besar yang cukup bermakna.

“Sejak sedekad lalu, Kolej UNITI melalui Pusat Kecemerlangan Halal UNITI (UHAC) telah melahirkan ribuan graduan bidang halal termasuk lebih 20 orang dari Indonesia.

“Kita juga sehingga ke hari ini sudah melatih eksekutif-eksekutif halal kompeten yang memenuhi pasaran kerja industri tempatan dan antarabangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI