fbpx

Pagi cerah, petang hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik di seluruh negara pagi ini.

Sementara itu, bagi sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan tempat seluruh negara.

“Hujan lebat berserta ribut petir dijangka tertumpu di beberapa tempat melibatkan Hujan lebat berserta ribut petir dijangka tertumpu di beberapa tempat melibatkan Pahang, Kuala Lumpur dan Johor.

“Cuaca sama turut dijangka melanda kawasan pedalaman Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak,” katanya.

Menurut MetMalaysia, di Sabah pula, cuaca buruk sama dijangka tertumpu di hampir keseluruhan negeri Sabah terutamanya Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan.

Di Sarawak, cuaca sama turut diramalkan berlaku di beberapa tempat melibatkan Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri.

Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah malam pula, ribut petir dan hujan lebat masih dijangkakan di kebanyakan kawasan di Semenanjung melibatkan pedalaman negeri Terengganu serta beberapa tempat di Pahang.

“Cuaca hujan dan lembap pula diramalkan di hanya berlaku di kawasan pedalaman negeri Johor.

“Selain itu, cuaca buruk sama turut dijangka di Malaysia timur melibatkan Tawau, Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan di Sabah serta Kapit, Bintulu dan Miri di Sarawak menjelang malam ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI