fbpx

[VIDEO] Ibu bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu bapa Zayn Rayyan ketika tiba di mahkamah, hari ini.

PETALING JAYA – Ibu bapa kepada kanak-kanak austistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dilihat memasuki Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini, pukul 10.10 pagi ini.

Pasangan suami isteri terbabit bakal menghadapi pertuduhan hari ini selepas ditahan reman selama 13 hari sejak 1 Jun lalu dan berakhir hari ini.

Perkara ini juga disahkan peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa Zayn Rayyan, ketika hadir di mahkamah hari ini.

“Ada tuduhan untuk kedua-dua anak guam, namun saya tidak dapat kongsikan mereka didakwa atas pertuduhan apa, kerana tidak mahu mendahului pendakwa raya,” katanya.

Semalam, pasangan terbabit dibawa ke mahkamah di sini, bagi memberikan keterangan di hadapan majistret, namun tidak membuat sebarang pengakuan.

Prosiding yang dijalankan semalam adalah permohonan polis untuk merekod pengakuan bersalah Orang Yang Disyaki (OYDS) mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI