fbpx

Bangunan terbakar, lebih 40 rakyat warga India terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran melanda di bangunan yang menempatkan hampir 200 pekerja asing di Bandar Raya Kuwait semalam. - GETTY IMAGES

BANDAR RAYA KUWAIT – Sekurang-kurangnya 40 warga India terbunuh, manakala lebih 50 lagi cedera dalam kebakaran sebuah bangunan yang menempatkan hampir 200 pekerja asing di Kuwait awal semalam, kata Kementerian Luar India.

Saluran berita ABC News melaporkan, kebakaran di kawasan Mangaf, selatan Bandar Raya Kuwait itu mempunyai kaitan dengan pelanggaran undang-undang.

Timbalan Perdana Menteri Pertama merangkap Menteri dalam Negeri Kuwait, Sheikh Fahd Al Yousef mengesahkan angka kematian tersebut.

Beliau turut mengarahkan pemilik hartanah berkenaan ditahan ketika melawat tempat kejadian. 

“Kami akan menangani isu ini (kesesakan buruh). Saya akan melihat pelanggaran undang-undang yang dilakukan dan saya akan berurusan dengan pemilik hartanah ini,” kata Sheikh Fahd.

Ketua Jabatan Siasatan Kemalangan Bomba, Kolonel Sayed Hassan Al-Mousawi berkata, puluhan mangsa terbunuh tetapi jumlah kematian mungkin lebih tinggi. 

Sementara itu, Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar berkata dalam satu kenyataan lewat semalam  bahawa mangsa-mangsa yang cedera kini  dirawat di lima hospital kerajaan di bandar itu. 

“Mangsa akan menerima penjagaan dan perhatian perubatan yang sewajarnya.

“Timbalan Menteri Luar India, Kriti Vardhan Singh akan segera berlepas ke Kuwait untuk mengusahakan penghantaran pulang jasad mereka yang terkorban ,” kata menteri itu.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mengucapkan takziah kepada waris mangsa dan menyatakan bahawa Kedutaan India akan “memantau keadaan dengan teliti dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membantu mereka yang terjejas”. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI