fbpx

Ibu bapa Zayn Rayyan akan didakwa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu kepada Zayn Rayyan ketika keluar dari pekarangan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

PETALING JAYA – Ibu bapa kepada kanak-kanak Zayn Rayyan Abdul Matiin yang direman bagi membantu siasatan kes bunuh akan didakwa di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Perkara itu disahkan peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa Zayn Rayyan ketika dihubungi di sini.

Sebelum ini pasangan itu ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini di Mahkamah Petaling Jaya bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.

Pada 7 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI