fbpx

Kami kini kawan, tak rapat seperti dahulu – Amelia Henderson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amelia mendedahkan bahawa hubungannya dengan Aedy kini tidak lagi serapat dahulu. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon Amelia Henderson mendedahkan hubungan istimewanya dengan aktor, Aedy Ashraf tidak lagi seperti sebelum ini.

Menurut Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, antara punca yang membuatkan hubungan mereka renggang adalah faktor kekangan masa dan kesibukan kerja.

“Saya dan Aedy kini kawan, kami tak rapat seperti dahulu.

“Mungkin kerana masa kami untuk bersama tidak sesuai dan saya rasa tidak mahu bercerita terlalu jauh tentang perkara ini,” katanya ketika bersiaran langsung dalam Instagram semalam.

Tambah pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu, dia mahupun Aedy juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hubungan mereka kerana menghormati antara satu sama lain.

Meskipun hanya berkawan, dia tetap mendoakan yang terbaik untuk kerjaya seni Aedy.

“Apa-apa pun sekarang kami sudah di haluan berbeza dan tiada apa yang boleh diulas.

“Dia adalah seorang aktor hebat dan saya doakan yang terbaik untuk Aedy malah tidak sabar untuk menonton filem Kahar Kapla High Council nanti.

“Adakalanya, sesuatu perkara berakhir kerana masa itu tidak bersesuaian. Sudah lama benda ini berlaku cuma kami tak keluarkan sebarang kenyataan sebab kami saling menghormati,” jelasnya.

Difahamkan, Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada hujung tahun 2021.

Setahun kemudian, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun hubungan tersebut tidak bertahan lama apabila Aedy sendiri membuat hantaran seperti patah hati dalam akaun media sosialnya.

Tidak berakhir di situ, pada April tahun lalu, hubungan istimewa dia pelakon itu kembali terjalin dan Aedy berharap hubungan mereka akan lebih serius berbanding sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI