fbpx

Kedai makan Hassan Sunny diserbu peminat dari China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDAI makanan Hassan (kiri) menjadi kunjungan para peminat sukan bola sepak dari China. - Foto Gutzy

SINGAPURA – Kedai makan milik penjaga gol Singapura, Hassan Sunny menjadi tumpuan peminat sukan itu dari China sehingga ada yang sanggup mencari lokasinya di Tampines, lapor laman berita The New Paper hari ini. 

Berdasarkan gambar yang disiarkan oleh akhbar The Straits Times, terdapat barisan panjang pelanggan yang merupakan peminat dari negara Tembok Besar itu di premis milik Hassan.

Mereka mahu membeli hidangan makanan seperti nasi padang dan nasi lemak di kedainya.

Sebahagian daripada mereka turut berswafoto dengan papan tanda hijau di kedai bintang bola sepak itu.

Seorang warga China yang bercuti di Singapura, Jing Tao, 42, memutuskan untuk mengunjungi kedai itu sebagai cara untuk mengucapkan terima kasih kepada Hassan selepas mengetahui alamat gerai itu dari saluran berita.

Sambutan di luar dugaan itu berlaku selepas Hassan menyelamatkan gawang gol Singapura daripada dibolos lebih banyak gol oleh pasukan Thailand semalam.

Dalam perlawanan itu, Singapura kalah 3-1 kepada Thailand yang perlu menjaringkan lebih banyak gol jika mahu melangkah ke pusingan seterusnya dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI