fbpx

Malaysia, Turkiye setuju wujud kerjasama pertahanan menyeluruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED KHALED bersama Yasar Guler pada kunjungan hormat ke Kementerian Pertahanan Nasional Turkiye (MoND) di Ankara semalam. – FAUZI BAHARUDIN

ISTANBUL, TURKIYE- Malaysia dan Turkiye menetapkan persetujuan untuk membentuk satu kerjasama pertahanan menyeluruh seterusnya memberi ruang bagi meningkatkan aspek ketenteraan antara kedua-dua negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kata sepakat itu dicapai ketika pertemuan dua mata dengan Menteri Pertahanan Turkiye, Yasar Guler ketika kunjungan hormat ke Kementerian Pertahanan Nasional Turkiye (MoND) di Ankara kelmarin.

“Pada kita, ia sepatutnya sekarang dinaikkan kepada perjanjian pertahanan merangkumi semua perkara seperti hal pertahanan dan kerjasama angakatan tentera.

“Jadi, ini kita akan berusaha dan Turkiye juga bersetuju supaya satu kerjasama pertahanan menyeluruh dapat dicapai antara kedua negara,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu, pada kunjungan hormat itu, Mohamed Khaled menerima tabik hormat daripada Pasukan Istiadat dan Perbarisan MoND sebagai simbolik kunjungan rasmi ke republik berkenaan.

Mohamed Khaled juga turut meluangkan masa selama hampir sejam bertemu Yasar bersama delegasi dari Malaysia.

Susulan itu, Mohamed Khaled berkata, Malaysia juga bersetuju kepada jalinan kerjasama pertahanan itu berikutan selama ini belum ada perkara seumpama itu.

“Ini bermakna banyak perkara yang boleh kita kongsi selain untuk melengkapi soal bagi meningkatkan keupayaan tentera masing-masing.

“Kalau ada perjanjian itu, kita juga boleh melihat soal perkongsian maklumat, membanteras keganasan dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai soal perkongsian maklumat berkaitan keganasan, ketegangan dan keselamatan serantau, Mohamed Khaled berkata, Malaysia perlu mempunyai maklumat menyeluruh mengenai keadaan di rantau ASEAN seterusnya membuat pendirian tepat.

“Kita tahu Turkiye merupakan sebuah negara yang berhadapan dengan lebih enam hingga tujuh negara lain selain berusaha menangani cabaran daripada kumpulan militan dan Daesh.

“Pada masa sama, Turkiye juga perlu mengambil tahu soal ASEAN berikutan kita merupakan kawasan yang mengamalkan pendirian untuk berkecuali, aman dan bebas,” katanya.

Jelasnya,keadaan itu berikutan, Selat Melaka merupaka kawasan navigasi yang tidak terhindar di mana jika berlaku sesuatu kejadian, ia akan menjejaskan perdagangan antarabangsa.

“Maka atas sebab itu, banyak negara lain bagi tumpuan kepada negara kita dan ini termasuk Turkiye.

“Mereka juga janji untuk ambil tahu, atas sebab itu banyak kapal mahu buat lawatan dan sebagainya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI