fbpx

Malaysia, Turkiye mahu bantuan kemanusian tidak terhalang di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled dan delegasi Malaysia ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Yasad di MoNd di Ankara semalam. - Foto oleh FAUZI BAHARUDIN /KOSMO!

ISTANBUL, TURKIYE- Malaysia dan Turkiye bersetuju agar bantuan kemanusian yang disalurkan negara antarabangsa kepada Gaza tidak disekat atau diganggu oleh mana-mana pihak.

Kata sepakat itu dicapai antara Malaysia dan Turkiye menerusi pertemuan rasmi antara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled dan Menteri Pertahanan Turkiye, Yasar Guler ketika kunjungan hormat ke Kementerian Pertahanan Nasional Turkiye (MoND) di Ankara semalam.

Pada masa sama, Mohamed Khaled berkata, kedua-dua negara juga mahu genjatan segera dilaksanakan di Gaza.

“Kita bincang soal pandangan Palestin dan Gaza, kita setuju soal Palestin ada genjatan segera dan bantuan kemanusian tidak terhalang dan diganggu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai perolehan aset yang dibuat bersama Turkiye, Mohamed Khaled berharap ia dilaksanakan seperti yang ditetapkan.

“Saya juga meminta semua perolehan yang dimuktamadkan dengan Turkiye iaitu tiga sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS) dan tiga kapal misi persisir (LMS) dapat dilaksanakan sepertimana yang ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI