fbpx

Euro 2024: Slovenia pasukan kerdil berjiwa besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SLOVENIA sedia mencipta kejutan dengan menewaskan lawan-lawan lebih elit meskipun dianggap sebagai pasukan lemah pada Euro kali ini. - AFP

PASUKAN Slovenia yang mara ke pentas Euro buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun dilihat enggan mensia-sia peluang mereka untuk melakukan kejutan terutama menjadi pasukan ‘pembunuh gergasi’ di pentas berprestij itu.

Pasukan yang terkenal dengan gelaran Little Dragon ketika ini berada dalam momentum terbaik sejurus menamatkan kem latihan mereka dengan kemenangan 2-1 ke atas Armenia serta seri 1-1 dengan Bulgaria dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Bukti tersebut menunjukkan Slovenia sarat dengan pengalaman sekali gus memberi mereka sedikit harapan sekurang-kurangnya muncul naib juara peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, harapan Slovenia untuk melepasi peringkat kumpulan tidak mudah apabila mereka akan berdepan Denmark, Serbia dan juga England.

Ramai menjangkakan England dan Denmark tidak berdepan sebarang masalah untuk melepasi peringat kumpulan berdasarkan reputasi pasukan itu sebelum ini.

Ketua jurulatih Slovenia, Matjaz Kek tidak peduli dengan ramalan yang direka-reka dan ia sama sekali tidak menjatuhkan moral para pemainnya, sebaliknya lebih bersemangat untuk mencipta kejutan.

“Dua kemenangan sebelum ini adalah permulaan terbaik bagi pemain-pemain Slovenia untuk mendapatkan ‘mood’ sebelum mereka memulakan cabaran sebenar di Euro.

“Seramai 26 pemain yang kita bawa ke Euro ini adalah mereka yang benar-benar layak untuk diturunkan dan sekali gus mampu melepasi peringkat kumpulan.

“Saya meletakkan kepercayaan cukup tinggi dengan pemain biarpun turun sebagai pasukan ‘underdog’ di pentas berprestij dunia tersebut,” katanya.

Sedar akan berdepan tentangan yang hebat, pengendali berusia 62 tahun itu membawa ‘pelan taktikal’ yang berbeza dan hanya membawa pemain terbaik dalam skuad 2024.

“Kami bukan antara pasukan pilihan tetapi saya rasa ia sesuai dengan saya. Mungkin ramai orang yang tersenyum apabila mereka diundi bersama Slovenia dalam kumpulan tersebut. Tetapi saya rasa mereka mungkin akan menyesal nanti,” katanya.

Slovenia akan bertandang ke Jerman pada 17 Jun ini untuk menentang Denmark di Stuttgart pada aksi perlawanan pembukaan dan selepas itu mereka akan berdepan Serbia pada 20 Jun di Munich dan England pada 25 Jun di Cologne.

PROFIL SLOVENIA

PASUKAN : Slovenia
GELARAN : Little Dragon
KETUA JURULATIH : Matjaz Kek
RANKING FIFA: No. 57
PENCAPAIAN TERBAIK: Peringkat Kumpulan (2000)
KUMPULAN: C – Denmark, Sebia, England

SENARAI PEMAIN

PENJAGA GOL

Jan Oblak (Atletico Madrid)
Vid Belec (APOEL)
Igor Vekic (Vejle)
Matevz Vidovsek (Olimpija Ljubljana)

PERTAHANAN

Jaka Bijol (Udinese)
Miha Blazic (Lech Poznan)
Jure Balkovec (Alanyaspor)
Zan Karnicnik (Celje)
David Brekalo (Orlando City)
Erik Janza (Gornik Zabrze)
Vanja Drkusic (Sochi)
Zan Zaletel (Viborg)

TENGAH

Timi Max Elsnik (Olimpija Ljubljana)
Jasmin Kurtic (Sudtirol)
Petar Stojanovic (Sampdoria)
Benjamin Verbic (Panathinaikos)
Miha Zajc (Fenerbahce)
Sandi Lovric (Udinese)
Adam Gnezda Cerin (Panathinaikos)
Jon Gorenc Stankovic (Sturm Graz)
Timi Max Elsnik (Olimpija Ljubljana)
Tomi Horvat (Sturm Graz)
Adrian Zeljkovic (Spartak Trnava)
Nino Zugelj (Bodo/Glimt)

PENYERANG

Josip Ilicic (Maribor)
Andraz Sporar (Panathinaikos)
Benjamin Sesko (RB Leipzig)
Luka Zahovic (Pognon Szczecin)
Zan Celar (Lugano)
Jan Mlakar (Pisa)
Zan Viptonik (Bordeaux)

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI