fbpx

Euro 2024: Southgate ‘cagar’ jawatan jika gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOUTHGATE bersedia meninggalkan England sekiranya pasukan itu terus kempunan kejuaraan di Euro kali ini. - AFP

BERLIN – Pengendali skuad England, Gareth Southgate bersedia ‘angkat kaki’ andai gagal membantu pasukan menamatkan penantian kejohanan Euro dengan bergelar juara pada edisi 2024 kali ini di Jerman.

Sebagai rekod, Southgate telah bersama The Three Lions sejak tahun 2016 tetapi masih gagal membantu pasukan menjulang sebarang kejuaraan dengan pencapaian terbaik adalah ketika mara ke final Euro 2020 dan menduduki tempat ketiga Liga Negara-Negara Eropah (UNL) 2019.

Southgate yang masih memiliki kontrak bersama England sehingga penghujung tahun itu mengakui ini adalah peluang terakhir buatnya untuk membantu pasukan menamatkan penantian trofi antarabangsa yang kali terakhir dimenangi pada edisi 1966.

“Jika kami gagal menang Euro 2024 kali ini, mungkin saya tidak akan kekal selaku jurulatih pada masa akan datang. Justeru, saya anggap ini adalah peluang terakhir buat kami semua.

“Secara jujur, saya percaya keputusan ini adalah normal kerana mana-mana jurulatih kebangsaan pun akan meletakkan jawatan selepas mengharungi kejohanan antarabangsa.

“Saya telah bersama pasukan hampir lapan tahun dan bukan mudah untuk saya membeli masa lagi dengan meminta ruang serta peluang kepada penyokong dan pihak persatuan.

“Kali ini tiada alasan lagi, jika pasukan ini mahu dilabel sebagai antara yang terbaik di dunia dan saya antara jurulatih elit, kami wajib menang trofi Euro 2024,” kata Southgate. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI