fbpx

EPL: Ten Hag ada merit kekal di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG

TEKA-teki mengenai masa depan Erik Ten Hag bersama Manchester United akhirnya terjawab selepas ahli lembaga pengarah kelab tersebut membuat keputusan untuk mengekalkan khidmatnya musim depan biarpun kelab itu melalui prestasi yang sangat mengecewakan sepanjang musim lalu.

Kejayaan menjulang Piala FA dengan menewaskan seteru setempat, Manchester City dikatakan menjadi faktor utama khidmat pengurus dari Belanda itu dikekalkan ketika ia menjadi trofi kedua peribadinya dalam tempoh dua musim di Old Trafford selepas menjulang Piala Liga Inggeris pada musim debutnya.

Selain itu, pihak pengurusan kelab tersebut juga meletakkan kepercayaan terhadap Ten Hag yang dianggap memiliki kemampuan untuk meningkatkan prestasi pemain muda terutama ketika Alejandro Garnacho, Kobbie Mainoo dan Rasmus Hojlund berjaya mencapai prestasi yang dianggap cukup luar biasa musim lalu.

Biarpun mengakhiri musim di kedudukan kelapan dan terburuk sejak era Liga Perdana Inggeris diperkenalkan, pihak pengurusan telah mengambil kira situasi di kelab apabila Ten Hag berdepan isu kecederaan meruncing para pemain tonggaknya menyebabkan mereka gagal memberikan persembahan terbaik, namun kejayaan merangkul Piala FA dan layak ke saingan Liga Europa masih dianggap sebagai prestasi membanggakan.

Keputusan yang dibuat tersebut mengakhiri spekulasi mengaitkan beberapa nama seperti Mauricio Pochettino, Thomas Tuchel dan Gareth Southgate dengan mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Ten Hag pada musim panas kali ini.

Ten Hag

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI