fbpx

Malaysia minta Singapura hantar tenaga pengajar bahasa Inggeris bantu pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia menyuarakan permintaan kepada Singapura bagi menghantar tenaga pengajar khusus pembelajaran bahasa Inggeris dalam membantu golongan pelajar di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu merupakan permohonan ‘kecil’ namun bersifat penting di sebalik pelbagai isu besar yang dibincangkan ketika pertemuan bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong ke Malaysia selepas dilantik memegang jawatan berkenaan.

Anwar berkata, Wong juga turut menyambut baik permohonan itu yang mana kumpulan tenaga pengajar tersebut boleh dipilih dalam kalangan graduan muda untuk dihantar mengajar ke beberapa daerah di negara ini bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris serta subjek lain.

“Kami berbincang tentang kemungkinan Singapura boleh menghantar guru untuk mengajar bahasa Inggeris atau beberapa mata pelajaran lain ke banyak daerah di negara ini.

“Saya amat berbesar hati kerana Wong bersedia untuk bersetuju dengan perkara ini secara positif.

“Ini bukan sesuatu yang kami sediakan melalui pegawai,” katanya pada sidang akhbar bersama di Seri Perdana hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI