fbpx

Pengarah syarikat rugi RM2.5 juta diperdaya melalui pintasan emel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Seorang pengarah pengurusan syarikat swasta di Bintulu mengalami kerugian sebanyak RM2.5 juta selepas diperdaya melalui pintasan emel.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata pada 22 Mei lalu, mangsa yang berusia awal 50-an telah menerima emel daripada syarikat pembekal yang menuntut bayaran bagi perkhidmatan yuran kontraktor untuk projek yang dijalankan di Bintulu.

Menjelas lanjut, beliau berkata pada penghujung Mei lalu, mangsa telah membuat membuat bayaran tersebut berjumlah RM2.5 juta menerusi tiga transaksi secara berperingkat ke satu akaun bank.

“Namun pada awal Jun ini, mangsa dimaklumkan oleh syarikat pembekal bahawa pihak mereka masih belum menerima pembayaran yang dibuat oleh mangsa.

“Kemudian mangsa membuat semakan semula butiran emel yang diterima dan mendapati emel tersebut bukan daripada syarikat pembekal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Manakala dalam kes berasingan, Mancha berkata seorang lelaki berusia lewat 30-an lesap sebanyak RM270,000 akibat pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Katanya, kes yang dilaporkan di Kuching pada 10 Jun lalu itu berlaku pada Februari lalu apabila mangsa telah berminat dengan skim pelaburan saham ‘Pimco Malaysia Station’ melalui Facebook.

Beliau berkata mangsa kemudian menekan pautan aplikasi WhatsApp untuk pertanyaan lanjut, dan kemudian dia dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp.

“Untuk proses pelaburan tersebut, mangsa diberikan aplikasi ‘T. Powerpriceplus’ yang menjanjikan keuntungan 400 peratus.

“Pada penghujung April 2024 hingga Jun 2024, mangsa telah membuat 18 transaksi wang secara berperingkat ke enam akaun bank yang berbeza berjumlah lebih kurang RM270,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI