fbpx

Bahasa tubuh menipu, isyarat non-verbal sembunyi kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Grafik yang dikongsikan PHM di Facebook, hari ini.

PETALING JAYA – Bahasa tubuh menipu merujuk kepada isyarat non-verbal (bukan lisan) yang digunakan oleh seseorang untuk menyembunyikan kebenaran atau mengelirukan orang lain.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di Facebook berkata, perubahan tingkah laku dan ekspresi individu ini berkait rapat dengan fisiologi tubuh.

“Ini kerana individu yang menipu akan mengaktifkan sistem simpatetik menyebabkan mulut menjadi kering, jantung berdebar, wajah pucat lesi dan perubahan suara,” kata PHM.

Namun jelas PHM, tanda-tanda berkenaan bukan bukti mutlak seseorang itu sedang menipu.

“Ia hanya petunjuk yang perlu digabungkan dengan konteks dan pemerhatian lain sebelum membuat kesimpulan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI