fbpx

[VIDEO] Kami semua kuat – Datuk Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahari (kiri) dan isterinya ketika meninggalkan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

PETALING JAYA – “Insya-Allah kami semua kuat”. Demikian kata Datuk kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemui meninggal dunia, Disember tahun lalu.

Zahari Mohd. Reba hadir bersama isterinya di Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas dimaklumkan polis akan membawa ibu Zayn Rayyan untuk membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret.

“Alhamdulillah lega (prosiding rakam keterangan) yang berjalan hari ini. Kami akan hadir esok.

“Saya tidak mahu beri kenyataan dan menyerahkan semuanya kepada peguam,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah, di sini hari ini.

Terdahulu, ibu Zayn Rayyan selesai memberi keterangan di hadapan Majistret dan dilihat beredar menaiki van pihak berkuasa pada pukul 12.50 tengah hari.

Turut hadir, Peguam Fahmi Abd. Moin dan Mahmud Jumaat yang mewakili ibu dan bapa Zayn Rayyan tiba di Kompleks Mahkamah di sini pada pukul 11.15 pagi.

Difahamkan, prosiding yang dijalankan hari ini hanya melibatkan suspek wanita berusia 29 tahun itu.

Sebelum ini, pasangan itu ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini di Mahkamah Petaling Jaya bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Kedua-dua pasangan itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.

Pada 7 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam. – KOSMO! ONLINE

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI