fbpx

[VIDEO] Satu Malaysia akan gembira – Keluarga ibu Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakak kepada ibu Zayn Rayyan ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret, hari ini.

PETALING JAYA – Kakak kepada ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin menyifatkan perkembangan kes pembunuhan kanak-kanak autistik itu bakal memberi khabar gembira buat keluarganya.

Wanita berusia 42 tahun itu berkata, tiada mengenai pengakuan yang dibuat pada prosiding yang dijalankan hari ini membabitkan adik bongsunya itu.

“Harapan untuk esok kita sama-sama tunggulah (dituduh atau dilepaskan). Alhamdulillah (tiada pengakuan) untuk (prosiding rakam keterangan).

“Insya-Allah satu Malaysia (akan gembira),” katanya ringkas ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Terdahulu, ibu Zayn Rayyan selesai memberi keterangan di Mahkamah Majistret dan dilihat beredar menaiki van pihak berkuasa pada pukul 12.50 tengah hari.

Turut hadir, Peguam Fahmi Abd. Moin dan Mahmud Jumaat yang mewakili ibu dan bapa Zayn Rayyan tiba di Kompleks Mahkamah di sini pada pukul 11.15 pagi.

Difahamkan, prosiding yang dijalankan hari ini hanya melibatkan suspek wanita berusia 29 tahun itu.

Sebelum ini, pasangan itu ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini di Mahkamah Petaling Jaya bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Kedua-dua pasangan itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.

Pada 7 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI