fbpx

Hanya gambar pengubat rindu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD HAZIQ ZIKRI melihat gambar arwah ibu, bapa dan adiknya yang maut dalam kemalangan ngeri di Simpang Pulai di Ipoh 11 Ogos lalu.

KULIM – Seorang kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa serta adiknya dalam satu kemalangan ngeri yang meragut tujuh nyawa di Simpang Pulai, Perak pada Ogos lalu sering mengunjungi rumah sepupunya untuk menghilangkan rasa rindu pada ahli keluarga.

Muhammad Haziq Zikri, 9, yang terselamat dalam kemalangan ngeri itu juga sering melawat bapa saudaranya tiap kali merindui neneknya yang turut terkorban dalam kemalangan itu.

Dalam kemalangan di Kilome­ter 5, Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai di Ipoh, Perak kira-kira pukul 5.30 petang, 11 Ogos lalu, tujuh daripada dua keluarga maut selepas Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler.

GAMBAR kenangan Muhammad Haziq bersama ibu, bapa dan adiknya.

Kemalangan itu mengorbankan bapa Muhammad Haziq, Mohd. Zairul Mat Isa, 34, ibunya Noratiqah Abd. Hamid, 30, dan adiknya Nur Qaseh Damia, serta neneknya, Fatimah Mat Isa, 70.

Turut terkorban adalah ibu saudara Muhammad Haziq, Has­liza Mahmud, 40, dan suami­nya Zulkifli Shuib, 49, serta anak mereka, Mohd. Alif Firdaus, 3.

Dua yang terselamat dalam kemalangan itu ialah anak Hasliza, Firash Mikael Azrie Shah, 11, dan Mohd. Shafiq Azrie Shah, 16.

Kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Badlishah di sini selepas bercuti di Pulau Pangkor, Perak dan Cameron Highlands.

Muhammad Haziq ketika ditemui memberitahu, dia reda de­ngan pemergian ibu, bapa serta adik dan sentiasa mendoakan ketiga-tiga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Tambahnya, dia bersyukur kerana tidak lagi trauma dengan kemalangan itu dan sentiasa menatap gambar mereka sekiranya rindu.

“Saya akan membaca al-Fatihah untuk disedekahkan kepada mereka, kebiasaannya sebelum tidur,” ujarnya.

Muhammad Haziq selesa tinggal dengan ibu saudaranya, Siti Sarah Mat Isa, 26, di Kampung Badlishah, Kulim.

Menurutnya lagi, dia kini selesa tinggal dengan ibu saudaranya, Siti Sarah Mat Isa, 26, di Kampung Badlishah di sini.

“Sekarang ini musim cuti sekolah dan banyak masa saya akan habiskan dengan tinggal bersama bapa saudara sebelah arwah ayah yang tinggal di sekitar Kulim dan Kuala Lumpur.

“Kadangkala saya tinggal bersama nenek sebelah mak, Hasimah Yatim di Kampung Tok Ka­ngar, Juru Pulau Pinang,” katanya

Sementara itu, Siti Sarah berkata, Muhammad Haziq perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kulim Mac tahun depan untuk memastikan keada­a­n­nya sihat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI