fbpx

Cuaca cerah pagi ini, petang hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah dan baik tanpa hujan di kebanyakan kawasan Semenanjung pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan menyatakan, hujan hanya berlaku di Sabah dan Sarawak pagi ini melibatkan beberapa kawasan di Tawau, Sandakan dan Kudat serta kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.

Sementara itu, cuaca di sebelah petang menjangkakan ribut petir akan berlaku di seluruh negara terutamanya di kebanyakkan tempat di Semenanjung.

“Ribut petir diramal tertumpu di beberapa tempat melibatkan Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor.

“Cuaca sama turut dijangka melanda beberapa tempat di kawasan pedalaman Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan,” katanya.

Menurut MetMalaysia, di Sabah pula, cuaca buruk sama dijangka berlaku di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat, diikuti Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.

Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah malam pula, ribut petir dijangkakan berlaku di kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Cuaca hujan turut diramalkan di Malaysia Timur melibatkan beberapa tempat di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan.

“Selain itu, di Sarawak, hujan melibatkan beberapa kawasan di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang turut dijangkakan menjelang malam ini,” kata MetMalaysia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI