fbpx

Jenazah pendaki Gunung Denali tiba Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (kanan) meninggal dunia ketika menawan Gunung Denali, Alaska, Amerika Utara, baru-baru ini. - Foto INSTAGRAM AZIMAFIFISHAK

PETALING JAYA – Jenazah peserta Ekspedisi Gunung Denali di Alaska, Amerika Syarikat, Allahyarham Zulkifli Yusuf, 37, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang, Sabtu ini.

Kelab Jelajah Alpine Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, jenazah yang diterbangkan pulang ke Malaysia menerusi penerbangan Korean Airlines, hari ini, pukul 7.15 pagi waktu tempatan melalui penerbangan transit di Los Angeles dan Incheon, Korea.

“Sejurus tiba, jenazah akan dibawa ke Masjid Al Mahmudiah Kampung Temerlok, Trong, Taiping, Perak dan dijangka dikebumi selepas solat zuhur.

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Konsulat General Malaysia di Los Angeles membantu menguruskan kepulangan Allahyarham,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pendaki Malaysia maut, manakala dua lagi selamat selepas terkandas selama tiga hari di Gunung Denali, Alaska, Amerika Utara.

Allahyarham Zulkifli disahkan meninggal dunia pada 6 pagi hari Rabu (waktu tempatan) semasa berlindung di “snow cave” di kawasan dikenali sebagai “Football field” di ketinggian 19,700 kaki dari aras laut.

Punca kematian disyaki akibat High Altitud Cerebral Edema dan Hyporthermia dan akan disahkan melalui post mortem. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI