fbpx

Netizen teruja lihat lelaki digigit ular berkepala dua 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan Brewer mengetuk kepala ular berkepala dua itu berkali-kali sebelum jarinya digigit secara serentak. - Instagram @jayprehistoricpets

ORANGE, California – Seorang penjaga zoo di California berkongsikan klip video yang memaparkan dirinya digigit oleh seekor ular berkepala dua yang jarang ditemui, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Pengasas The Reptile Zoo, Jay Brewer, memuat naik video di laman Instagram pada Sabtu lalu yang kini tular dan menjadi topik perbincangan hangat netizen. 

Menerusi rakaman itu, Brewer dilihat memegang ular berkenaan di bahagian lehernya manakala seorang lagi pekerja memegang bahagian tengah badan dan ekor. 

Ketika Brewer mengetuk kepala reptilia berkenaan, kedua-duanya menggigit jarinya secara serentak.

“Saya sangkakan mengendalikan seekor ular yang marah sudah cukup teruk, tetapi sekarang saya perlu mengendalikan kedua-duanya,” kata Brewer.

Netizen yang melihat klip video itu terkejut dan tertanya-tanya berhubung keadaan ular itu. 

“Saya mempunyai begitu banyak soalan. Bagaimana? Adakah haiwan itu boleh bertahan?” kata seorang netizen. 

“Sekarang anda membuatkan saya berasa ingin tahu. Bolehkah anda menunjukkan kepada kami bagaimana ular itu makan?” kata pengguna lain. 

Sementara itu, Brewer yang mempunyai 7.8 juta pengikut di Instagram mendedahkan bahawa ia merupakan ular tikus Texas betina yang tidak berbisa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI