PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D. Kagan di pejabatnya, hari ini.
Dalam hantaran di Facebook, Anwar berkata, pertemuan itu antara lain membincangkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang lebih kukuh.
“Terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan serta hubungan antara rakyat.
“Kami juga saling bertukar pandangan berhubung isu-isu serantau dan global yang berkepentingan bersama,” katanya.
Tambah Anwar, kedua-dua negara juga tekad untuk meningkatkan kerjasama komprehensif ke tahap yang lebih tinggi. – KOSMO! ONLINE