fbpx

Matlamat MIAD tingkatkan pelajar tempatan dalam TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Massila(tengah) dan Zambry (empat dari kanan) hadir dalam Majlis Penutupan MTUN Industry-Academia Discource on Advanced TVET (MIAD) 2024 di Dewan Tun Dr. Ismail, WTC Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – MTUN Industry-Academia Discource on Advanced TVET (MIAD) 2024 membuka peluang kepada pelajar tempatan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merangkap Pengerusi MTUN, Prof Datuk Ts Dr. Massila Kamalrudin berkata, program itu menyasarkan matlamat meningkatkan pelajar tempatan ke jurusan TVET.

“Dalam usaha untuk mencapai matlamat tersebut, satu inisiatif diambil untuk meningkatkan pelajar tempatan ke jurusan TVET dan kursus Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan pekerja mahir.

“Ini kemudiannya akan menyokong usaha ke arah matlamat tersebut ketika negara berusaha untuk melahirkan pekerja mahir yang mampu memanfaatkan peluang yang dicipta oleh Revolusi Perindustrian 4.0.” katanya pada Majlis Perasmian Penutupan MIAD 2024 di Dewan Tun Dr. Ismail WTC Kuala Lumpur hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Mengulas lanjut, Massila berkata, bidang TVET dibawa MTUN ke peringkat pendidikan tinggi bertujuan memberi pendedahan yang lebih meluas dalam bidang kerjaya.

“TVET menawarkan latihan dalam bidang pengajian tinggi bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kebolehan yang diperlukan untuk berkembang maju dalam pasaran pekerjaan moden.

“Tambahan pula, melalui perkongsian dengan syarikat dan pakar industri, TVET dapat memastikan peluang kerjaya yang menarik dan memuaskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI