fbpx

Flick akui sedikit kecewa tidak terpilih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FLICK berjaya membantu Bayern merangkul gelaran trebel musim lalu, namun gagal meraih anugerah jurulatih terbaik FIFA. – AFP

MUNICH – Jurulatih Bayern Munich, Hansi Flick mengakui sedikit terkilan dan kecewa apabila gagal meraih kemenangan dalam kategori Jurulatih Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2020.

Biarpun berjaya memberikan gelaran trebel untuk pasukan itu, beliau tewas di tangan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang membantu pasukan itu merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.

Flick yang menggantikan Nico Kovac pada separuh musim lalu berjaya membantu The Bavarian meraih gelaran Bundesliga, Piala FB-Pokal dan Liga Juara-Juara.

“Kami melihat situasi ini de­ngan semangat kesukanan yang tinggi. Klopp sudah pasti layak menerima anugerah berkenaan bersama barisan kejurulatihannya begitu juga para kakitangan saya juga sepatutnya berhak menerima pengiktirafan itu.

“Kita perlu meneruskan hidup. Sudah tentu ada sedikit perasaan kecewa dan ia situasi biasa.

“Apabila anda berada dalam tiga calon terbaik, sudah tentu mengharapkan kemenangan. Segalanya sudah berakhir dan kami mempunyai sasaran untuk dicapai.

“Kemenangan Manuel Neuer dan Robert Lewandowski sudah cukup memberikan kami kebanggaan, mereka dipilih sebagai pemain terbaik dan penjaga gol terbaik. Selain itu, Joshua Kimmich dan Alphonso Davies turut berada dalam kesebelasan terbaik.

“Untuk pasukan ini, ia adalah suatu pengiktirafan yang sempurna buat kami. Itu mungkin sudah memadai untuk terus membakar semangat kami

Selepas 12 aksi, Bayern kini berada di kedudukan kedua ke­tinggalan satu mata berbanding pendahulu, Bayer Leverkusen.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI