fbpx

Lebih 1,000 haiwan mati terbakar di pasar popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran berlaku di zon haiwan Pasar Chatuchak, Bangkok hari ini. - Foto JS 100 radio

BANGKOK  – Lebih 1,000 haiwan pelbagai spesies mati terbakar di sebuah pasar yang popular dalam kalangan pelancong asing di Bangkok pada waktu dini hari, lapor portal berita The Pattaya News.

Kejadian berlaku sekitar pukul 4.10 pagi (waktu tempatan) hari ini dan api dapat dipadamkan kira-kira 30 minit, kata Pejabat Daerah Chatuchak, Bangkok.

Ia memusnahkan 118 unit kedai di zon haiwan di Pasa Chatuchak.

Lebih 10 jentera bomba dihantar ke tempat kejadian namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Seorang pekerja kedai burung memberitahu pasukan penyelamat bahawa dia menyedari tentang kebakaran itu akibat bunyi kuat burung.

Katanya, asap tebal kemudian muncul dan menyukarkan pernafasannya. 

Dia  melompat dari tingkat dua kedainya untuk menyelamatkan diri.

Zon haiwan itu menempatkan pelbagai haiwan termasuk anjing, kucing, burung yang jarang ditemui, ikan dan haiwan eksotik lain.  

Punca kejadian masih disiasat pihak berkuasa.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI