fbpx

Mohamed Khaled kunjung rakan sejawat secara rasmi di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (kiri) bersama Yasar pada kunjungan hormat ke Kementerian Pertahanan Nasional Turkiye di Ankara hari ini. - Foto oleh FAUZI BAHARUDIN / KOSMO!

ANKARA, Turkiye – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membuat kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya, Menteri Pertahanan Turkiye, Yasar Guler di Kementerian Pertahanan Nasional Turkiye (MoND), di sini hari ini.

Mohamed Khaled tiba pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) sebelum menerima tabik hormat daripada Pasukan Istiadat dan Perbarisan MoND sebagai simbolik kunjungan rasmi.

Mohamed Khaled juga meluangkan masa selama hampir sejam bertemu Yasar bersama delegasi dari Malaysia.

Untuk rekod, ini merupakan lawatan kerja rasmi pertama Mohamed Khaled ke Turkiye selepas dilantik sebagai Menteri Pertahanan selain turut menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Malaysia-Turkiye yang diadakan buat julung kalinya.

Semalam, satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan dengan kerajaan (G2G) berkenaan perolehan produk-produk pertahanan serta perjanjian-perjanjian kolaborasi dan kerjasama melibatkan pemain-pemain industri pertahanan Malaysia dan Turkiye turut dimeterai.

Selain itu beliau juga telah melawat beberapa syarikat pertahanan Turkiye seperti Turkish Aerospace Industries, Aselsan dan Mechanical and Chemical Industry Corporation (MKE). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI