fbpx

Lawrence Wong adakan lawatan dua hari ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wong

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong mengadakan lawatan kerja ke Malaysia selama dua hari bermula hari ini atas komitmen untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara.

Kementerian Luar (KLN) dalam kenyataan berkata, ini merupakan lawatan sulung Wong ke Malaysia selaku Perdana Menteri Singapura yang dijadualkan untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kedua-dua pemimpin akan membincangkan usaha-usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura.

“Ini termasuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Kedua-dua pemimpin akan turut mengadakan satu sesi sidang akhbar bersama,” katanya hari ini.

KLN berkata, selain itu, Wong akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusoff.

“Lawatan Kerja ini juga sebagai persediaan untuk Sesi Permukiman Tahunan Pemimpin-Pemimpin yang akan dianjurkan Malaysia pada akhir tahun ini.

“Malaysia dan Singapura masing-masing merupakan rakan dagang kedua terbesar di peringkat global serta terbesar dalam kalangan negara ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM363.13 bilion (AS$79.60 bilion) pada tahun lalu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI