fbpx

130,000 pesawah Semenanjung terima bantuan pembajakan, penuaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kira-kira 130,000 pesawah di Semenanjung akan menerima bantuan insentif pembajakan dan insentif penuaian secara tunai sebanyak RM210 per hektar per musim.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan berkata, bantuan itu adalah susulan langkah menaikkan kadar insentif penuaian telah diperkenalkan oleh pihaknya pada 27 Mei lalu.

“KPKM telah mengambil langkah menambah baik kadar sedia ada bagi insentif pembajakan iaitu daripada RM100 per hektar per musim kepada RM160 per hektar per musim.

“KPKM juga memperkenalkan insentif baharu iaitu insentif penuaian pada kadar RM50 per hektar per musim,” katanya hari ini.

Pada 27 Mei lalu, KPKM menerusi kenyataan akhbar mengumumkan kenaikan kadar insentif pembajakan serta pengenalan insentif baharu penuaian kepada pesawah.

Selain itu, subsidi diesel kepada nelayan dikekalkan pada harga RM1.65 seliter kepada kategori pemilik vesel perikanan Zon A, B dan C, tertakluk kepada kuota yang ditetapkan.

Kementerian Kewangan (MOF) turut mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani) termasuk kategori Budi Agri-Komoditi iaitu bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 kepada petani, penternak dan pengusaha akuakultur yang berkelayakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI