fbpx

‘Ramai lelaki tiada niat curang, tapi main-main saja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – “Mereka tak sedar apa yang mereka pertaruhkan dalam permainan (curang) tersebut”.

Itu kenyataan oleh Pemangku Ketua Bahagian di Bahagian Pembangunan Psikologi dan Kaunseling Syarie, Jabatan Agama Islam Sarawak, Safura Ahmad Sharkawi di media sosial miliknya berkenaan kes curang yang melibatkan kaum lelaki.

Namun menurut beliau, ramai lelaki yang terpalit isu berkenaan terhadap pasangan masing-masing sebenarnya tiada niat untuk belaku curang.

“Ramai lelaki yang terjebak pada kecurangan tidak berniat untuk curang tapi berniat untuk main-main saja,” ujarnya di Facebook miliknya.

Perkongsiannya itu meraih perhatian ramai, terutamanya kaum wanita yang tertarik dengan isu yang dibangkitkan.

“Pertaruhkan harga sebuah perkahwinan,” komen Ainie Ismadee.

“Mudahan Allah beri petunjuk kepada mereka untuk segera keluar daripada permainan tersebut,” kata Ahlia Hazrul.

“Pertaruhannya kepercayaan. Jangan ikut hawa nafsu,” pesan Yati Ali.

Dalam masa sama, ada juga kaum lelaki yang tidak bersetuju apabila isu kecurangan hanya dikaitkan dengan pihak berkenaan sahaja.

“Bukan saja lelaki, wanita pun ramai ada,” kongsi Mohd Zawawi Ahmad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI